Bantu Kami Teruskan
Perjuangan Ini

Infaq anda menjaga kelangsungan pendidikan anak tahfiz yatim & asnaf setiap hari
Bermula 12 Pelajar. Kini 80. Dan Terus Berkembang.
Darul Tahfiz Ummul Qura Jalan Kebun bermula pada tahun 2003 dengan hanya 12 pelajar di sebuah rumah sewa di Lorong Hj. Hussain, di bawah bimbingan seorang guru hafiz Al-Quran.
Ramai antara mereka adalah anak-anak yang selalu ponteng sekolah, nakal, dan tidak terkawal. Ibu bapa mereka datang dengan satu harapan — agar anak-anak ini dapat didedahkan kepada Al-Quran dan terdidik dengan akhlak Islam.
Hari ini, DTUQ Jalan Kebun sudah berkembang kepada 80 pelajar tetap dibimbing oleh 6 orang guru hafiz. Dan setiap tahun, permintaan kemasukan pelajar baru terus meningkat.
Bukan Senang Sampai ke Sini
Dah lebih dua dekad kami beroperasi. Bukan dengan dana yang besar. Tapi dengan hati yang tak sanggup biar anak-anak ini tercicir dari jalan menghafal Kalam Allah.
Portion makan terpaksa dikurangkan
Ada masa bila sumber makanan tidak mencukupi, kami terpaksa kurangkan bahagian makan pelajar. Bukan pilihan yang mudah tapi itulah realiti yang kami hadapi.
Kos operasi mencecah RM80,000 sebulan
Untuk pastikan 80 pelajar makan, belajar, dan tidur dengan selesa setiap hari kos yang perlu ditanggung tidaklah sedikit. Setiap bulan kami berdepan dengan angka yang berat.
Gaji guru tak dibayar dan tertangguh
Apabila kewangan tertekan, gaji guru terpaksa ditangguhkan demi memastikan keperluan pelajar di sini diutamakan. Guru-guru kami faham, dan mereka masih di sini.
Usaha berniaga pun tak berjaya
Kami pernah cuba berniaga nak tampung sendiri tanpa harap orang lain. Tapi tak jadi sebab nak bayar gaji pekerja pun tak mampu.
Mereka Tak Mampu Bayar Yuran. Tapi Kami Tak Sanggup Halang Mereka.
Ramai pelajar kami anak yatim, dari keluarga asnaf, dari keluarga yang susah. Mereka tak mampu bayar yuran dan kami tak pernah halang seorang pun dari sini.
Tapi yuran mereka terpaksa ditampung oleh pelajar lain yang bayar. Dan lama-kelamaan, beban tu makin berat untuk semua.
Kalau Tiada Infaq Orang Ramai,
Keperluan Makanan Akan Jadi Masalah
Kami tak nak sampai satu hari jadual harian terganggu, belajar tak menentu, makan pun tak tentu. Kami nak pelajar tahfiz ini fokus pada satu perkara sahaja iaitu hafazan mereka.
Infaq Anda Akan Terus Gerakkan Ini Semua
✓ Pastikan pelajar ada makan setiap hari
✓ Bayar gaji guru yang dah lama bersabar
✓ Taja pelajar asnaf dan anak yatim
✓ Pastikan operasi harian madrasah terus berjalan
"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji."
Nama Anda Dalam Setiap Hafazan Mereka
Setiap kali seorang hafiz dari madrasah ini membaca Al-Quran di rumah, di masjid, di mana-mana pahala itu mengalir juga kepada anda.
Selagi dia ingat hafazannya, selagi itulah nama anda tertulis dalam amalannya.
Infaq Sekarang.
Biar Ada Nama Anda
Dalam Hafazan Mereka.
Sekecil mana pun nilainya ia bermakna besar untuk mereka.
Lot 3757, Lorong Hj. Said Batu 7½, Jalan Haji Said,
Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor
010 8355928 — Ustaz Wildan