80 PELAJAR TAHFIZ DI SINI MAKIN HARI MAKIN TAK CUKUP BERAS
DAN USTAZ DAH TAK TAHU NAK CARI DARI MANA LAGI

Ramai antara mereka adalah anak yatim, asnaf dan keluarga yang tidak berkemampuan. Yuran pun tak dibayar tapi madrasah ini memilih untuk tidak memberhentikan mereka. Yuran di sini dikekalkan murah walaupun kos sara hidup terus naik, kerana mereka tidak mahu membebankan ibu bapa yang susah.
Akibatnya, duit yang sepatutnya untuk beli beras terpaksa digunakan untuk tampung keperluan lain. Ditambah harga beras yang makin naik sekarang, stok yang ada makin cepat berkurangan.
80 orang pelajar. 10kg beras sehari. Dan bekalan makin menipis.
Mereka tidak pernah luahkan. Mereka hanya teruskan dalam menghafal, belajar, dan percaya ada insan di luar sana yang akan bantu.
Mungkin hari ini, insan itu adalah kita.
Hulurkan infaq beras hari ini walau sedikit, ia sudah cukup bermakna untuk mereka

Darul Tahfiz Ummul Qura Jalan Kebun (DTUQ) telah beroperasi sejak 2003. Bermula dengan hanya 12 orang pelajar di sebuah rumah sewa.
Hari ini, 80 orang pelajar dibimbing oleh 6 orang guru hafiz yang berdedikasi.
Ramai antara pelajar kami adalah anak-anak yang pernah ponteng sekolah, hilang arah, dan tidak terkawal yang kini sedang dalam perjalanan menjadi penghafal Al-Quran.
Amanah Kami Kepada Penyumbang
Setiap infaq yang dihulurkan akan digunakan sepenuhnya untuk keperluan beras dan makan minum pelajar di sini.
Kami telah beroperasi selama lebih 20 tahun dan selama itu, kepercayaan penyumbang adalah nadi yang menghidupkan madrasah ini.

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :
INFAQ 10 KG BERAS – RM40
INFAQ 5 KG BERAS – RM20
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
DARUL TAHFIZ UMMUL QURA
BSN
101004 10002 89638
LOKASI KAMI
Darul Tahfiz Ummul Qura | Lot 3757, Lorong Hj. Said Batu 7 ½, Jalan Haji Said, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor | 010 8355928 Ustaz Wildan
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60108355928 (Ustaz Wildan)