KAMI SANGAT MEMERLUKAN DANA TAMBAHAN UNTUK KOS PENGURUSAN,MAKAN MINUM DAN PEMBELAJARAN PELAJAR DARUL TAHFIZ UMMUL QURA

Pada masa ini, Madrasah Darul Tahfiz Ummul Qura yang terletak di Jalan Kebun,Klang , bermula dengan 12 pelajar pada tahun 2003 dan beroperasi di rumah sewa di Lorong Haji Hussin, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Pusat pengajian itu berpindah ke lokasi sekarang di Lorong Haji Said, pada 2008. Kini, ia mempunyai seramai 150 orang pelajar termasuk 50 orang pelajar sambilan, kebanyakannya dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Kami menawarkan sistem pengajian tahfiz secara sistematik dan tidak bermotifkan keuntungan


Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka. Ditambah pula dengan kos operasi yang mencecah RM35,000 sebulan. Dalam 150 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.

Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.

Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Tahfiz Ummul Qura agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.

BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.


Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.

Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang. 


SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Kos keseluruhan operasi sebulan ialah RM35,000 termasuk makan dan minum pelajar, gaji tenaga pengajar, utiliti dan lain-lain.


BERSAMA LAHIRKAN PELAJAR TAHFIZ AL QURAAN YANG BERJAYA

INFAQ - RM300

INFAQ – RM100

INFAQ– RM50

SEIKHLAS HATI – RM20

Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan di bulan Ramadhan ini, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.

UMMUL QURA TRADING

MAYBANK

5627 8607 7514

Darul Tahfiz Ummul Qura | Lot 3757, Lorong Hj. Said Batu 7 ½, Jalan Haji Said, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor | 010 8355928 Ustaz Wildan


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ/WAKAF – RM300
INFAQ/WAKAF – RM200
INFAQ/WAKAF – RM100
INFAQ/WAKAF – RM50
Seikhlas Hati – RM20
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN